Blog ini dibuat khas untuk puteri ke5 ku, Ain Naslilla. Memandangkan abang kakak dia ada blog dan aktiviti aktiviti yang berkaitan dengannya...Lilla pun jadi jeles. Mulalah keluar ayat kesiannya bersama sememek muka nan merundung itu mengayat aku.....Dan aku nak tak nak,akur la jugak dek kerana tak tahan di asak rengek manja puteriku ini.... Aduhai.....
Semasa blog ini dibuat bermacamlah pintanya. Antara yang paling jelas....
"Ibu..Iya nak PowerPuff Girls tau, yang cantik punya".
Puas juga aku meratah laman maya ni mengoogeli template PPG ni dan akhirnya ini lah dia....
LILA PUNYA BLOG !!!